Tuesday, September 13, 2011

Malu & Terima Kasih

Alhamdulillah hubungan kami hari ini lebih baik dari semalam dan sebelum ini.Seperti biasa Si Dia akan tunggu aku di '1st cafe' untuk kami sama2 pergi ke PKK.Terima kasih ku ucapkan kepada Si Dia kerana sanggup menunggu aku,walau pun aku lambat.Alhamdulillah,kami sama2 dapat jawab soalan peperiksaan DIMA.Selepas keluar dari PKK,tiba2 Nurul ajak aku ke pasar malam.Aku nak ikut,tapi masa itu aku tak ada duit..jadi hati aku berbelah bagi nak pergi atau tak.Tapi aku ikut saja lah.Sampai dekat sana,aku tunggu kehadiran Si Dia yang berjalan kaki bersama 3 orang sahabatnya.Nak menangis rasanya sebab Si Dia tak ada disisi aku ketika itu.Lega hati aku bila nampak dia datang.Rasa macam nak menjerit kegembiraan pun ada.Tiba2 'handphone' aku jatuh kat dalam longkang.Aduh!macam mana ni.Si Dia sanggup nak masuk longkang itu semata2 nak ambilkan 'handphone' yang tak seberapa itu.Kemudian,Sa'ad dan Zaidan pun tolong Si Dia untuk ambilkan 'handphone' aku itu.Alhmamdulillah,aku bersyukur sangat sebab ada sahabat yang sanggup bersusah payah untuk aku.Aku kesian sangat kat Si Dia sebab dia rela nak masuk longkang yang busuk tu,sanggup meniarap,sanggup masukkan tangan semata2 nak ambilkan 'handphone' aku.Tapi akhirnya,Si Dia,Sa'ad dan Zaidan tak berjaya.Tak mengapa,aku tak kesah pasal 'handphone' itu,tapi aku risaukan keselamatan Si Dia.Si Dia sanggup bersusah payah demi aku.TERIMA KASIH ku ucapkan!Sampai kat pasar malam,aku cuma tengok2 jualan yang ada.Sebab aku tak ada duit nak beli jualan2 tersebut.Bila Si Dia  tanya,"nak makan apa?"Aku cuma mampu gelengkan kepala aku saja.Banyak kali dia tanya,sampai satu masa,aku jawab "Saya nak nasi lemak ayam."Si Dia tanpa berlengah pun beli kan.Alhamdulillah,terima kasih banyak2..Malu aku dibuatnya.Aku rasa rendah diri sangat masa itu.'Effectnya' sampai sekarang rasa sedih itu.Aku tak nak susahkan Si Dia pun.Sebab aku tahu,Si Dia lebih memerlukan kewangan itu.Sayang!Terima Kasih Banyak2 Ya!Saya Amat Menghargainya..

No comments:

Post a Comment