Wednesday, September 14, 2011

Si Dia Risau...

Si Dia sangat risau tentang kesihatan aku kebelakangan ini,adalah sebab2nya kenapa Si Dia kadang kala terasa cemas dan tak ada 'mood'.Kesian pula tengok Si Dia.Bila aku fikir2kan balik,ada betulnya apa yang Si Dia cakapkan itu.Tapi aku cuma ambil endah tak endah saja.

Tuesday, September 13, 2011

Malu & Terima Kasih

Alhamdulillah hubungan kami hari ini lebih baik dari semalam dan sebelum ini.Seperti biasa Si Dia akan tunggu aku di '1st cafe' untuk kami sama2 pergi ke PKK.Terima kasih ku ucapkan kepada Si Dia kerana sanggup menunggu aku,walau pun aku lambat.Alhamdulillah,kami sama2 dapat jawab soalan peperiksaan DIMA.Selepas keluar dari PKK,tiba2 Nurul ajak aku ke pasar malam.Aku nak ikut,tapi masa itu aku tak ada duit..jadi hati aku berbelah bagi nak pergi atau tak.Tapi aku ikut saja lah.Sampai dekat sana,aku tunggu kehadiran Si Dia yang berjalan kaki bersama 3 orang sahabatnya.Nak menangis rasanya sebab Si Dia tak ada disisi aku ketika itu.Lega hati aku bila nampak dia datang.Rasa macam nak menjerit kegembiraan pun ada.Tiba2 'handphone' aku jatuh kat dalam longkang.Aduh!macam mana ni.Si Dia sanggup nak masuk longkang itu semata2 nak ambilkan 'handphone' yang tak seberapa itu.Kemudian,Sa'ad dan Zaidan pun tolong Si Dia untuk ambilkan 'handphone' aku itu.Alhmamdulillah,aku bersyukur sangat sebab ada sahabat yang sanggup bersusah payah untuk aku.Aku kesian sangat kat Si Dia sebab dia rela nak masuk longkang yang busuk tu,sanggup meniarap,sanggup masukkan tangan semata2 nak ambilkan 'handphone' aku.Tapi akhirnya,Si Dia,Sa'ad dan Zaidan tak berjaya.Tak mengapa,aku tak kesah pasal 'handphone' itu,tapi aku risaukan keselamatan Si Dia.Si Dia sanggup bersusah payah demi aku.TERIMA KASIH ku ucapkan!Sampai kat pasar malam,aku cuma tengok2 jualan yang ada.Sebab aku tak ada duit nak beli jualan2 tersebut.Bila Si Dia  tanya,"nak makan apa?"Aku cuma mampu gelengkan kepala aku saja.Banyak kali dia tanya,sampai satu masa,aku jawab "Saya nak nasi lemak ayam."Si Dia tanpa berlengah pun beli kan.Alhamdulillah,terima kasih banyak2..Malu aku dibuatnya.Aku rasa rendah diri sangat masa itu.'Effectnya' sampai sekarang rasa sedih itu.Aku tak nak susahkan Si Dia pun.Sebab aku tahu,Si Dia lebih memerlukan kewangan itu.Sayang!Terima Kasih Banyak2 Ya!Saya Amat Menghargainya..

Monday, September 12, 2011

Maafkan Daku...

Maafkan kesalahan yang telah aku lakukan terhadap dirimu.Aku tahu,sesungguhnya aku tidak patut berbuat demikian terhadap dirimu.Sekarang yang hanya aku tahu,aku menyesal di atas perbuatan diri ku terhadap Si Dia..Aku mohon maaf!Sebenarnya bila kamu tanya "Ada chat dengan siapa?".Aku takut untuk mengatakan ya.Sebab aku nak jaga hati kamu!Aku tahu aku tak patut buat macam itu.Aku tahu apa perasaan mu apabila ada oranng lain beritahu yang dia 'chat' dengan diriku tempoh hari.Aku tahu hatimu begitu sakit,kecewa,hancur lebur dan pelbagai lagi perasaan yang menyakitkan hati..Aku ini bodoh!Tak pandai menghargai seseorang yang mencintai,menyanyangi seikhlas hatinya.Aku masih ingat 'message' yang dia hantar pada ku.(Dengan Nama Allah Dan Seikhlas Serta Sejujur Hati Saya,Saya Begitu Agungkan Awak Dan Sanjung Awak Serta Saya Letakkan Martabat Awak Begitu Tinggi Dalam Hidup Saya.Tak Pernah Sekali Pun Saya Memandang Awak Sebegitu Rupa Kerana Saya Terlalu Mencintai Awk.' 'Saya Masih Agungkan Awak Siti Hajar,Tinggi Martabat Awak Dalam Hidup Saya.Awak Tak Perlu Risau Pasal Itu'.Agaknya aku ini bodoh sangatkan sebab tak pandai hargai Si Dia dalam hidup aku.Si Dia seorang yang baik,manakala aku sebaliknya.Walaupun pada zahirnya aku tahu yang dia tidak berhubungan dengan mana2 perempuan selain aku,tetapi aku tetap cemburu.Si Dia ini,jenis kalau dah sayang seorang.Seorang saja lah dia akan layan sehabis dan sebaik mungkin.Si Dia sanggup bersabar dengan kerenah aku.Walaupun setiap hari kami akan bergaduh.Bukan apa,cuma gaduh2 manja saja.Mungkin aku yang tak dapat nak memahami cara Si Dia lagi..Sekarang aku harap,aku dapat berubah untuk menjadi seorang kawan,teman,sahabat,kekasih dan InshaAllah sebagai isteri dan juga ibu kepada anak2 Si Dia yang baik,memahami,,jujur,ikhlas,pandai ambil hatinya,menghormati dan yang paling penting aku tak nak degil2 lagi..InshaAllah...Ameen!

Friday, September 9, 2011

Si Dia

Macam mana aku nak rungkaikan tentang Si Dia?Aku punya perasaan sayang,kasih,cinta terhadap Si Dia.Tapi dia banyak mencabar kesabaran aku.Dia lah racun,penawar.Dia sering buat aku sedih,kecewa,terguris hati bengan kata2 Si Dia.Tapi aku harus sabar,tabah dalam mengharungi setiap detik bersama Si Dia.Dia sanggup buat apa saja demi aku(walaupun ianya di luar jangkaan atau di luar kemampuan) dirinya sendiri.Dia nak jaga hati aku,tapi aku saja yang tak pandai nak jaga hati dia.Sebab aku ini senggal!Tak pandai nak hargai seseorang yang sayang dan cintakan aku.Aku tak reti untuk memahami hati Si Dia.Aku tak nak dan tak suka bila dia tarik muka dengan aku.Semalam hari yang paling mencabar bagi aku selama perkenalan kami.Bila aku sampai 'hostel',aku ingat aku dah tak nak sakitkan hati masing2.Aku nak jaga hubungan dengan dia.Tapi sebaliknya,benda senang pun aku tak boleh nak tangani!Semalam kami masing2 merajuk!'So sad'.Aku tak boleh nak cakap apa2 dah.Hati aku benar2 sudah hancur berkecai bagaikan cermin retak seribu!Tapi,Alhamduliullah syukur,aku tak simpan ianya dalam hati untuk dibawa ke hari depan.Aku tak nak ada masalah nanti,susah hidup kami nanti.Yang paling kesian,bila dia merajuk,aku tak pernah pujuk pun.Bila dia merajuk,masa itu juga aku merajuk.Jadi,dia akan beralah demi hubungan kami.Kesian dekat dia.Kadang2,ada kalanya,perlakuan dia ada menyakiti hati aku..Aku tak tahu sampai bila aku bisa bertahan dengan Si Dia....